Kelas MAHIR Foto

13 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2025, telah diadakan satu Kelas MAHIR Foto yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami ilmu asas fotografi khususnya berkaitan dengan penggunaan peralatan dan teknik yang betul. Sepanjang sesi, peserta diberikan penerangan mengenai pengenalan lensa iaitu komponen penting dalam dunia fotografi yang berfungsi menangkap cahaya dan membentuk imej. Tenaga pengajar turut menerangkan apa itu lensa dalam fotografi, termasuk jenis-jenis lensa seperti lensa wide angle, telephoto, macro dan standard, serta kegunaan setiap satunya dalam menghasilkan gambar yang lebih menarik mengikut situasi.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan topik mengenali setting smartphone anda. Bahagian ini memberi tumpuan kepada cara menggunakan fungsi kamera telefon pintar secara maksimum, termasuk tetapan asas seperti ISO, shutter speed, aperture, mode potret, HDR, serta teknik komposisi untuk menghasilkan gambar yang lebih profesional walaupun hanya menggunakan telefon. Melalui kelas ini, para peserta memperoleh pengetahuan asas yang berguna untuk meningkatkan kemahiran fotografi, sama ada menggunakan kamera profesional mahupun hanya dengan telefon pintar. Ia juga membuka ruang kepada mereka untuk lebih kreatif dalam menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali